Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Thursday, December 9, 2010

result da keluar dah tapi aku tak boleh check lagi sebab encik SuFO suruh buat apa-jadah-punya-evaluation-entah

assalamualaikum

result result result

aku tak tau pulak result keluar hari ni. terlebih awal sehari. tapi aku punya result special sikit sebab lewat sehari. maknanya, hari sabtu baru boleh tengok. wah, agak eksaited lah jugak. tak eksaited mana lah. sebab rasa macam dah tau je dapat berapa. tapi jangan risau lah, walau macam mana pun result aku aku takkan bunuh diri sebab keciwa punya pasal. aku redha je. kan dah berusaha. cewah... celah mana entah berusaha nya.

pada yang dah tengok result tu tabahkan hati ya. kita semua sepesen je. maka tak payah lah nak nangis tergedik-gedik sebab result rendah. perempuan lah yang biasanya nak nangis gedik-gedik. result ok pun nak nangis, result kay-o pun nak nangis. dia nak result cam mana entah? aku pun tak tau.

oh ya. pada yang tak boleh nak check result tu, tak payah lah check lagi ye. trafik jammed sekarang ni. penat lah korang nak tekan button refresh tu. check hari sabtu nanti lah, sama cam aku. baru lah  suprise. kan? atau korang tak bole check mungkin sebab tak buat benda alah sufo tu agaknya. sapa yang tak buat tu baik pergi buat cepat sebab nanti result korang kena block macam aku. tapi ok gak kena block ni, at least tak la aku merana awal-awal. dan kalau rasa keciwa sangat pun at least aku ada lagi 2 hari untuk hidup sebelum buat harakiri. HIHIHI.

harakiri


eh, BTW... good luck eh semua. jangan nak nangis-nangis la. nyampah. KIHKIHKIH



p/s: sapa yang belum buang lagi nota-nota HRM tu tolong bagi kat aku eh. aku punya dah selamat kat dalam lori alam flora lah. bukan apa persediaan untuk mengutuk beliau supaya lebih hebat sem depan je. KIHKIHKIH

No comments: