Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Thursday, December 9, 2010

Lelaki kena pandai memasak. At least nasik goreng


assalamualaikum
jamie oliver

Hari tu parents aku keluar. Balik pulak entah pukul berapa entah. Maka aku duduk lah sorang kat rumah. Gila lapar. Then aku pun terfikirlah nak memasak. Kau nak tau aku masak apa? Aku masak nasik goreng kau tau. Kau ada? Ha… then aku terfikir, lelaki ni kadang-kadang kena jugak lah belajar memasak kan? at least tak la kebulur kalau tinggal sorang-sorang. Kan?
Lelaki memang kena pandai memasak. Sekurang-kurangnya nasik goreng. Ye lah, bayangkan kalau kau kawen nanti, bila wife kau kena outstation ke then kau kena tinggal kat rumah sorang-sorang? Kau nak makan apa? Makan kat kedai lah senangkan? Tapi kalau wife kau outstation dua tiga hari je tak pe la, kalau dua tiga minggu? takkan kau nak makan kedai hari-hari kan? so, masa ni lah nasik goreng tu memang berguna sebenarnya. So, hari ni aku nak ajar kaum-kaum adam diluar sana memasak nasik goreng. Hey, ingat aku tak reti masak ke? Setakat nasik goreng ni hujung jari aku je. So, kita namakan resepi kita hari ini dengan nama “nasik goreng merah jambu”. Amacam nampak ayu tak nama resepi aku? So nanti bila kau dah pandai nanti boleh lah kau canang kat isteri kau, “yang I dah pandai masak nasik goreng tau,”. Then wife kau mesti proud giler, “ye ke? Mana you tau masak nasik goreng ni? setau I you ni pegang sudip pun tak tau,”. Then kau jawab lah macam ni, “jejaka merah jambu yang ajar I,” tapi harus diingatkan ya, kau kena terangkan dulu siapa jejaka merah jambu tu, takut nanti wife kau syak yang kau ni ada lelaki simpanan pulak. Ye lah, nama pun dah ala-ala jambu-jambu je kan?
awak boleh simpan pisau awak

So, jom kita cekidaut cara-cara nak masak nasik goreng merah jambu ni.

Mula-mula, apa yang kita perlukan ialah nasik ye abang-abang sekalian. Nasik yang kita perlukan ialah nasik putih. Walaupun namanya nasik goreng merah jambu tak bermakna anda perlu letak water color yang warna pink tu kat dalam nasik anda ye. It just nama ok. Nasik putih jugak yang kita kena gunakan. Tak kisah lah nasik apa, nasik lemak ke, nasik kangkang yang wife korang guna untuk tundukkan korang ke, asalkan ia berwarna putih maka ia qualified untuk dibuat nasik goreng. Dan semestinya kita memerlukan sebuah kuali dah sebijik sudip. Nama pun nak menggorengkan? Tak kan lah kita memerlukan oven pulak. Tapi perlu diingatkan disini, walau nama nya nasik goreng, tapi kita tidak menggunakan gitar ya dalam resipi ini. Tapi kalau nak hilangkan bosan semasa memasak, boleh lah goreng satu dua lagu guna gitar kapok masing-masing ya. Tapi kalau tanak kawen dengan orang tua sekali lagi maka agenda menyanyi semasa memasak haruslah dielakkan ye abang-abang sekalian.
Ok, setelah kita sediakan nasik putih tersebut, maka kita perlukan juga minyak masak dalam lebih kurang dua sudu besar, garam secukup rasa, juga sebutir telur. Telur ayam ye abang-abang sekalian. Jangan ambil telur abang-abang tu. nanti tak cukup satu, dah kena marah dengan wife. dan semestinya bahan yang paling penting ialah perencah nasik goreng yang anda boleh dapatkan di kedai runcit yang berhampiran. Tak kisah lah abang-abang semua nak guna adabi punya ke, knorr pasti sedap ke atau pun maggi cukup rasa ke, asalkan namanya perencah nasik goreng maka bolehlah digunakan. Tapi, kalau abang-abang semua mahu menjimatkan duit boleh lah mengguna kan cara tradisional dengan menumbuk cili kering bersama bawang merah dan bawang putih. Tapi tak payah la nak tumbuk-tumbuk ni semua, beli aje kat kedai. Semua telah tersedia. Buang masa dan tenaga je kalau nak main tumbuk-tumbuk ni. tapi ia terpulang lah kan, mana lah tau abang-abang ni semua kedekut tahap dewa ke sampai nak beli perencah nasik goreng yang tak sampai dua ringgit tu pun berkira. Ia hak individu lah kan.
Okay lah. Kita move ke step pertama. Mula-mula masukkan minyak kedalam kuali. Pastu, agak-agak minyak tu dah macam mendidih dan panas membara je terus lah masukkan bahan-bahan tadi iaitu berupa sepeket perencah nasik goreng. Tuangkan sekali satu paket tu dalam kuali sehingga lah dia naik minyak. Lepas tu masukkan sebutir secubit garam secukup rasa. Dah ala-ala bau macam nak terbersin tu maka masukkanlah nasik kangkang putih tadi. Masukkan dalam tiga genggam ya abang-abang sekalian. Ikut lah cukup-cukup untuk sepeket perencah nasik goreng tadi tu ye.
Lepas masukkan nasik tadi, maka kita gaulkan sampai semuanya rata. Lepas dah rata tadi kita masukkan telur ye abang-abang sekalian. Telur apa abang-abang sekalian? Ish, apa pulak telur Jejaka Merah Jambu. Telur ayam lah. Abang-abang ni noty lah. I lioke… so, kita pecahkan telur ayam tadi dan masukkan kedalam ramuan tadi. Hati-hati ya semasa memecahkan telur tu, takut nanti ia pecah sebelum masuk kedalam kuali pula. Maka, selepas kita masukkan telur ayam tadi kat dalam kuali pastu kita gaul lagi bagi telur tadi rata pulak. Dan lepas dah ratakan telur tadi maka kita letakkan nasik tadi dalam pinggan. Hiaskan dengan sedikit lobak merah dan cili besar untuk nampak lebih menarik ya. Dan lepas tu…


TARA…
sungguh menyelerakan

Jadilah coco crunch nasik goreng merah jambu.
Ha? Senang tak nak masak nasik goreng? Senang je kan? bukan susah sangat. so, lepas ni boleh lah abang-abang semua makan. Amacam sedap tak?
Kalau tak sedap, korang boleh lah buang nasik goreng tersebut didalam tong sampah, atau pun buat macam aku, bagi kucing makan. Tak lah nampak membazir sangat. aku pun tak tau lah kenapa nasik goreng yang aku masak tu rasa cam hampeh sangat. mungkin nasik yang digunakan telah basi agaknya. Maka nak diingatkan disini, jangan lah guna nasik basi untuk dibuatnasik goreng ya. Takut nanti ia basi sebelum digoreng pula. Kan dah sakit perut pulak lepas tu.
Maka sebab nasik goreng itu tidak berapa menepati selera kita, kita akan buat resepi kedua. Iaitu kita akan memasak pizza. Bahan-bahannya mudah je. Kita memerlukan kredit top-up dan sebutir telefon bimbit. Lepas tu call la pizza hut.

pizza hut

Masak nasik goreng pun tak lepas. Nak masak pizza konon. Huh!

No comments: