Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Sunday, December 12, 2010

Budak sekolah zaman sekarang semakin advance. Ciss, aku pun tak macam ni dulu.


Assalamualaikum
Good morning upper east side.
Dah lama aku nak cakap good morning ni sebenarnya. Tapi al-maklumlah aku bangun tidur pun dah ala-ala macam dah tengahari kan. so, hari ni je lah aku berpeluang nak wish good morning kat korang. 

Oh ya, aku tadi bukak fesbuk. Sudah semestinya lah kan, fesbuk adalah laman yang wajib di jelajahi oleh semua orang. Then, aku pun terbukak la profile adik kepada kawan aku ni. adik dia ni lelaki. aku belek la kan profile dia then aku bukak la kat album dia. Dan aku jumpa satu album yang diberi nama, ‘Sarah Besday’. Aku pun bukak lah album tu kan. OHEMMJIIEE… gambar tu rupanya merupakan himpunan gambar-gambar sambutan hari jadi disebuah kelab pencinta alam malam. Well, bukan terkejut sebab apa. Abang dia pun memang kaki clubbing dan biasa lah kalau sambut besday kat kelab kan. yang buat aku terkejut beruk ni ialah adik dia ni budak form 5. Which mean dia ni masih bersekolah and how come dia boleh suka-suka hati je masuk kelab  sedangkan umur dia pun tak cukup lagi. Dan terang-terangan kat dalam gambar tu bersepah tin dan botol ‘tiger beer’ kat atas meja. Oh, aku tepuk dahi tengok gambar tu. dan aku tepuk dahi kali kedua bila gambar dia bercomolot dengan seorang budak ni pun dia tayang kat fesbuk ni. mesti budak tu yang namanya sarah tu. dan aku berani cakap mesti sarah tu awek dia. Kalau tak takkan dia berani mati comolot dengan budak tu kan? tak pun sarah tu seorang gro, atau pun pelacur atau pun, oh aku tak sanggup nak cakap.
Dan, aku mula terfikir, budak-budak sekolah zaman sekarang ni sememangnya semakin advance. I tell you, mana kau nak jumpa budak yang belum cukup umur dah boleh keluar masuk kelab dan sedap-sedap je tonggang air setan tu? kat Malaysia je ada. Tu belum cakap lagi pasal budak sekolah mengandung lagi, buang anak, gay, dadah… oh tidak! *tepuk dahi*
Malaysia boleh kan?

3 comments:

Klasik Rimba said...

takut aku baca entri ni ali ... :'(

pinkguava said...

tu la pasal... aku pon takut gak... budak sekolah dah macam tu. sepatutnya budak sekolah mestilah belajar dan menyumbangkan tenaga kepada negara demi kesejahteraan semua... *tetiba

Anonymous said...

smekom ,.
btul ke nie ko ckap ,. atau fitnah je ?
dya nie member ako , baek jew ngan ako ,...