Belog ini adalah dari idea penulis sendiri dan kalau ada plagiat tu maka penulis akan kreditkan kepada tuan empunya. oh ya, untuk bacaan umum, cuma kekadang ada diselitkan kelucahan yang kadarnya tidak berapa melampau. oh ya, sila hubungi saya di sini; alizainalabidin77@yahoo.com

Sunday, December 19, 2010

kontest blog terkemas

kontes blog terskema?

eh, bukan lah, nama dia kontest blog terkemas.. HUA HUA HUA. akhirnya aku telah berjaya memenangi menjoin satu kontest selepas kontest sepek itam tu aku terpaksa lupakan disebabkan masalah teknikal.

dah dah.

kita layan banner contest ni dulu



cantik tak banner dia? cantikkan? belog tuan punya banner ni lagi cantik. jom kita usha blog dia dulu. click sini eh.

ha, kalau nak tau lebih lanjut lagi pasal kontes ni tanya la kat tuan punya blog tu. belog dia memang cantik tertarik kau memang the boom la. malah belog beliau sangat berkualiti dan terunggul gitu. *wah bodek

maka dengan ini saya nak tag belog yang tak kemas je. supaya saya boleh menang dengan jayanya. mereka ialah... HAHAHAHA
1) ain nabila
2) jonor lara
3) dan irine nadia martelor

yes... dengan mempertaruhkan ketiga-ketiga blog tersebut maka senang la aku nak menang. HUA HUA HUA...

Entri khas buat cik zuren yusrena sempena ulangtahun kelahiran beliau yang ke dua puluh. Dengan ucapan selamat ulangtahun kedoploh cik zuren yusrena yang bajet dirinya merupakan seorang princess Barbie yang gediks. Oh, aku saja eja “cik” instead of “che” sebab aku rasa macam kool je. Aku peduli apa kan walau pun ia nama kau tapi aku nak juga tulis macam tu.


seberapa gediknya princess barbie sebegitulah gediknya cik zuren yusrena


**Aku tau besday kau esok. Jangan cakap aku tak ingat. Saje je nak publish awal sikit. Nak jadi orang first wish la kononnya. HA HA HA.

Aku masih tak hilang lagi tebiat buruk buat tajuk entry panjang-panjang. Harap semua paham bahawa aku tak suka subjek rumusan. Harap maklum. Tapi sebelum itu. Siapakah cik zuren yusrena ini? adakah beliau merupakan seorang artis yang berjaya sehinggakan aku buat entri khas untuk beliau? Atau adakah dia merupakan seorang angkasawan perempuan Malaysia pertama sehingga dia begitu istimewa kerana dapat masuk belog aku ni? atau adakah dia merupakan penyumbang terbesar dalam akaun nuffnang aku sehingga aku bemati-matian buat entri untuk beliau? Atau adakah dia secantik tiz zaqiah sampaikan aku berhabisan nak buat entri pasal dia ni? Ternyata tanggapan korang semua salah. buat pengetahuan korang cik zuren ni bini aku. Saje je aku kawen tak jemput korang. Lagi pun kitorang kawen sebab terpaksa je.

eh, ni bukan cik zuren ni...

ha... ni la baru beliau. eh, silap lagi. ni bukan dia ni

ha... kalau gediks macam ni baru lah beliau. sesuwwaaiii gitu


Ok lah… jangan layan sangat la aku yang sedikit biol ni. biasa lah baru bangun tidor ni ha. Penat sangat berdansa sakan kat aloha malan tadi kan. Ting tong sikit hari ni. aku tanak pergi tempat-tempat camtu sebenarnya, tapi dah diajak oleh brader bad a.k.a abang botak tu maka aku ikut je lah. Lagi pun parents aku tak da kat rumah. HUA HUA HUA. Dah dah, sekarang ni kita terus kepada topik yang akan kita bincangkan hari ini (macam Ally Iskandar pulak rasanya)

Sebagaimana yang sedia maklum esok merupakan besday bini aku. Nama dia cik zuren yusrena. Nak tau sebab apa nama dia cik? Sebab aku baru je ceraikan dia selepas lima minit berlangsungnya akad nikah tadi. Kalau tak lima minit sebelum ni pangkat dia Toh Puan Seri Datin Zuren Yusrena, tapi sebab dah kena cerai maka jadi la cik balik. Tu la pasal sape suruh tanak bagi aku kawen satu lagi dengan Lisa Surihani. Kan dah kena cerai. Amek kau, talak lapan belas ratus aku bagi. Pendek kata, cik zuren ni janda aku lah. (pendek itu bukan lah manusia yang boleh berkata-kata, ia adalah penanda wacana sahaja)

eh, dia lagi. memang gediks la dia ni.

Ok fine. Aku garu-garu gurau-gurau je. Dia tak pernah kawen ngan aku pun malah tade orang nak kawen ngan dia pon aku rasa. Keh keh keh…

Oh. demmit aku lupa bagi salam lagi. grrr...

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh. Amek kau panjang giler aku bagi salam. Almaklumlah hari ni kan besday cik zuren yusrena mesti lah kena amek berkat sikit. *eceh… 

Sebelum tu aku nak bagi ceramah agama sikit pasal hari jadi ni. semoga semua ambil ikhtibar. Eceh, rasa macam nak masuk imam mude pulak aku ni (padahal malam tadi baru buat dosa, WA WA WA)

“setiap kali kamu tiba ke hari ulangtahunmu maka ingatlah yang kamu sebenarnya semakin hampir ke alam barzakh”

Renung-renungkan dan selamat beramal. So, aku nak ingatkan kat sini cik zuren oi, walau pun orang selalu wish semoga panjang umur masa hari jadi kau kan, tapi kau kena ingat bahawasanya Allah dah menetapkan tarikh kematian bagi setiap makhluknya maka kalau setiap kali besday kau datang maka memang sudah semakin dekat lah kau dengan kematian. Amacam ada gaya macam imam mude tak? Well, aku kan baru je dapat tawaran dari estro untuk masuk imam mude musim ke dua ni. ni kira aku punya assignment lah ni. keh keh keh. 

mesti zuren seram giler bila aku cakap yang dia ni dah nak mati kan? aku bajet sekarang ni dia mesti tengah amek air semayang tak pun tengah bentang sejadah tak pun tengah buat solat taubat kot. Keh keh keh. Apa tengah tengok porno? Ish ish ish… tak ubah rupanya perangai beliau. Dari sebelum kawen sampai lah lepas kena cerai. Suka sangat tengok porno yang luna maya dan ariel peterpan tu. dah lah video tu dah lama. 3gp pulak tu. buang masa je tengok. HUEH HUEH HUEH…

Dah dah, kita tinggalkan semua karut marut tu. kesian kat cik zuren yusrena ni. dah lah hari jadi dia tak sempat nak hepy-hepy dah kena ingat pasal mati. Hilang mood nak seleberet besday. So setelah hampir satu page aku menagrut, maka sekarang ni aku nak masuk fasa serius pulak sekarang ni. aku serius ni. nampak tak aku tengah buat muka serius ni? 

serious macam nak terberak dah ni...

Okay lah. Mula-mula kita masuk bab bibliography cik zuren ni dulu. Nama dia mestilah zuren kan? takkan lisa surihani pulak. Tiz zaqiah jauh sekali. Okay lah, nama beliau cik zuren yusrena. Beliau lahir kat mana entah aku-pun-tak-tau. Tapi yang pasti beliau tinggal kat Terengganu. Terengganu? Apa ada kan? HAR HAR HAR… tak baik tau memandang rendah Terengganu. Walaupun kat sana tak wujud lagi tempat maksiat macam kelab gay, kelab strip dance, dan rumah urut tapi mereka harus bebangga dengan kewujudan sebuah panggung wayang satu-satunya di Terengganu. Boleh lah juga nak buat maksiat raba-raba kat panggung tu. boleh lah daripada tak da kan? HAR HAR HAR…

Cik zuren ni merupakan seorang perempuan yang minat gila benda-benda IT ni. seriously, kalau kau nak tau aku punya idola dalam menerbitkan blog aku dia lah. Masa tu aku baca entri dia pasal apa entah dan aku terus buat blog. Wah, besar rupanya pengaruh cik zuren ni dalam hidup aku rupanya. Dan disebabkan minat beliau dalam bidang IT ni aku rasa kan dia ni macam boleh pergi jauh dalam bidang ni. mungkin satu hari nanti dia akan berjaya membuat social networking dia sendiri nanti kan? mana lah tau satu hari nanti. Tapi satu hari je lah. KIH KIH KIH…

ish, dia lagi. asal banyak sangat muka dia ni.


Oh demmit, aku tak seserius seperti disangka lah. Tak pe, at least aku dah serius kalau bab maksiat-maksiat ni. good improvement… double tumb up kepada encik pinkguava yang kiut, kacak lagi bergaya. Dan juga elegan…

Dah dah… sekarang aku nak masuk fasa betul betul serius ni. So, sempena hari jadi beliau hari maka aku nak nyanyi sikit la kan. ehem ehem ehem (sila buat sound effect membetulkan anak tekak dan mencairkan kahak)…


Happy besday to you
Happy besday to you
Happy besday to cik zuren yusrena binti che yusoff
(fuh, abis napas bak menyebutnya)
Happy besday to you…


HAR HAR HAR… nampaknya cik zuren kita dah masuk fasa remaja. Sebelum ni jadi budak hingusan je. Sekarang ni dah besar u’olls. Dah cukup umur tu boleh lah join I berdansa setiap malam. HUA HUA HUA.
Fuh, penat dah aku mencarut ni ha. Jari pun dah penat asyik menaip je. Senang citer camni lah, aku nak ucapkan selamat hari jadi kat kau cik zuren oi. Semoga berbahagia ke anak cucu, semoga dimurahkan rezeki jugak hendaknya. Ni ha aku dah siap pack hadiah untuk kau ni. 


TARA!!!



Disebabkan kau berminat sangat dengan benda-benda IT ni aku nak bagi hadiah ni. hamek lah. Lagipon laptop kau pun dah rosak kan. hamek lah. Jangan malu-malu lah. Ikhlas ni.

ha... hambek kau. kaler pink siap.


Ha… kau nak sangat dslr ni kan? ha kau ambik ni ha.

boleh lah ko amek gambar banyak-banyak pasni.


Ni pun kau amik lah. Penat ni aku shopping kat kedai google. Ni dah yang terbest la ni.

amek amek. ikhlas dari hati yang nurani ni

ha... banyak gak hadiah aku dah bagi kat kau ni ha... baik dan pemurah juga aku ni. simpan lah elok-elok eh. aku ikhlas ni. bukan mahal sangat. ala kawan-kawan takkan nak berkira kan.



pi es: sapa-sapa kalau ada zuren call nanti jangan angkat. Dia nak mengumpat je tu. buat tambah dosa je. Celcom bagi call free tu buat la amal jariah macam menelifon ayah kesayangan ke, call nenek di perantauan ke, buat phone sex ke. Ni nak ajak mengumpat pulak. Hampeh tol.  HUA HUA HUA.


sori lah sebab curik gambar kau. ;p

Friday, December 17, 2010

hey, blog aku ni blog lucah ke?

click untuk tumbesaran. terjengah jengah pon tak best gak
kau layan gambar kat atas tu dulu. then kau try pikir. kau rasa blog aku lucah sangat ke? kejadah apa entah orang nak search pasal dara dan gay ni?

oh ya. blog aku memang tak da orang bukak sangat. sebab tu kau nampak yang paling ramai pun 2 orang je. but hey, i tell you what, sebelum ni aku bukak untuk kata carian kat nuffnang ni tak pernah ada pun graph-graph ni semua. but then, bila aku buat entry pasal gay ni ada pulak orang google kan? nampak sangat orang malaysia ni memang dirty minded.

kalau aku buat blog tulis pasal lucah-lucah mesti ramai follow kan? wahh... idea bagus ni. banyak la nuffnang aku masyuk nanti.

*thinking

siapalah orang yang paling bangang mencipta benda empat segi yang ada macam-macam kaler tu?

Oh, nama benda empat segi tu ialah rubix cube. Dan aku ada rahsia menenainya. Aku pernah bertanding dengan budak darjah satu siapa yang boleh selesaikankan rubix cube tu paling cepat. Dan budak tu boleh buat dalam masa sepuluh minit. Lambat gila kan?
dan aku tak boleh selesaikan rubix cube tu…


langsung,
dan sekarang ia bukan menjadi rahsia aku lagi.


Oh, aku tak boleh lupa dengan senyuman mengejek budak darjah satu itu. ya, dia adik Khairul Hazwan. Khairul Hazwan, kenapa adik kau gile kurang ajar?

*****
Dan aku mencuba lagi  lima bulan selepas itu. Kali ini bukan dengan budak darjah satu itu. Tapi dengan abangnya. Ya, dengan khairul Hazwan. Dengan alasan yang aku sematkan dalam hati “kalau kalah dengan dia tak lah malu sangat

Dan memang benar. Aku kalah. Dia boleh buat dalam masa tidak kurang lima minit. Aku tabik spring habis lah kat dia. Dan aku? tak boleh selesaikan 



langsung…

Malah, aku terpaksa pulak membelanja si Khairul Hazwan ni pizza hut sebab dia boleh selesaikan rubix cube itu. Oh ya, kalau kau mahu berkenalan dengan khairul hazwan ni sila lah lupakan hajat kau. Sebab dia merupakan seorang manusia yang tergolong dalam golongan “apa aku dapat kalau…..”
Betul, dia merupakan manusia yang sangat cekik darah. Dan dia paling suka terima cabaran, dengan syarat ada habuan untuk dia. Contohnya kalau ada pertandingan menyelesaikan rubix cube paling cepat, dia mesti akn tanya soaln wajib ini,

apa aku dapat kalau aku boleh buat paling cepat?”

Maka sebab itu lah aku terpaksa membelanja beliau pizza hut

*****
Okay, selepas kalah dengan khairul hazwan dan adik beliau dalam pertandingan rubix cube ini, aku menerima pulak cabaran dari Ezren. Masa tu kat Toy ‘R’ Us kat KLCC. Ternyata ezren zakaria termasuk dalam golongan “apa aku dapat kalau” jugak. Maka aku terpaksa membelikannya benda alah rubix cube itu. Ya, kenapa lah perjanjian yang aku buat tu “aku belikan kan kau rubix cube ni kalau kau boleh buat”?

Dan, benda alah rubix cube tu bukan murah rupanya. Ringgit Malaysia tiga puluh enam sahaja.

Dan aku masih tidak boleh menyelesaikan rubix cube itu lagi. 

sampailah sekarang.

*****
Semalam, maka aku ke pasaraya Dan aku nampak mak aku beli minuman nutrigen itu. Aku rasa mungkin mak aku masih berfikir yang aku ni budak kecil, maka sebab itu lah dia belikan aku minuman kultur itu. Dan siapa sangka free gift yang dapat bersama minuman kultul nutrigen itu adalah rubix cube. 

Aku gembira.

Dan aku mencuba menyelesaikannya lagi. Kali ini aku mahu berlatih sehingga aku berjaya menyelesaikan rubix cube itu. Dan paling penting aku mahu tidak mahu lagi dipijak pijak oleh Khairul Hazwan dan Ezren Zakaria.

Dan tidak ketinggalan budak darjah satu itu. Oh, dia sudah darjah dua sekarang. Aku tidak boleh membiarkan mereka membuli aku lagi. Aku harus berlatih sehingga aku berjaya menyelesaikan teka teki rubix cube itu. Aku mesti… *gigih

Dan setelah beberapa ketika. Akhirnya aku berjaya juga. Ya, aku telah berjaya



Menghancurkannya.


Kenapa nutrigen perlu bagi free gift yang tak da kualiti? Kenapa?

Wednesday, December 15, 2010

Mek Donal

kenapa semua blog cerita pasal gay ni? aku tak paham.


pening kepala mungkin.
kat sini aku nak bagitahu, kalau tengok dalam oxford dictionary, gay=happy.


oh ya, cuba lakukan experiment ini bila kau pergi ke mc donald.



"bagi saya gay meal satu"





dan jangan lupa mintak 'free toy'


Terjumpa ustaz zaman sekolah dulu. Maka tidak mahu dituduh sombong aku pun pergilah menegurnya. Ternyata ustaz tu ada ilmu memerli orang dengan bahasa yang sangat pedas. Oh ya, juga terjumpa dengan mak cik penjual ubat yang melakukan sexual harassment terhadap aku.

Assalamualaikum, dan selamat pagi.

Malam tadi aku ke pasar malam. Nama pun pasar malam kan, mestilah pergi waktu malam. Aku beli banyak jugak barang. Oh aku memang suka membeli belah. Lebih lebih lagi membeli makanan. Memang feveret aku lah tu. Cuma, aku agak keberatan bila mak aku suruh beli satu jenis ubat ni. aku agak kurang senang kalau nak beli ubat kat pasar malam ni. rasa macam tak yakin akan keberkesanannya. Tapi since mak aku dah suruh beli maka aku pun beli je lah kan, kang jadi batu pulak aku. Tape-tape, tapi aku agak musykil bila ada orang yang jual tu tanya aku ubat tu untuk sapa. 

suasana pasar malam. eh, abang kebeb sori lah. terglamer pulak...


Aku                              : untuk mak saya mak cik. (ish mak cik ni. nak jual-jual je lah. Nak interview lelebih pulak)

Mak cik jual ubat        : oh. mak cik ingatkan untuk isteri. (apa jadah entah mak cik ni. ingat aku dah kawen ke)

Aku                              : muda lagi lah mak cik. Tak kawen pun lagi. (aku hulur duit sepuluh ringgit)

Mak cik jual ubat        : oooo……… (panjang makcik tu tarik vocal o dia sambil hulur duit belen empat ringgit)

aku pun blah lah dari tempat kejadian. Lepas beberapa ketika, aku rasa cam nak tergerak tengok ubat yang aku beli tu. sambil menunggu makcik keropok lekor membungkus keropok lekor aku maka aku pun baca lah khasiat dan cara penggunaan ubat terbabit

dimakan dua bijik sehari. Pagi dan petang.
Ubat ini mempunyai beberapa khasiat seperti, melancarkan peredaran darah, merawat resdung, mencegah kanser, merawat lemah sendi dan sakit otot. Juga baik untuk isteri yang ingin membahagiakan suaminya.

Aku baca part “membahagiakan suami” tu dua kali. Dua kali kau tau. Patutlah mak cik tu bertindak lucah dengan aku. By the way, mak aku suruh beli sebab untuk melancarkan darah. Jangan kau pulak pergi bertindak lucah dengan mak aku. Aku vasectomy kau kang.


************

Aku rasa aku dah habis membeli belah. Maka aku bak balik rumah lah kan. tetiba kat tempat aku farking moto aku tu aku jumpa ustaz aku. Ya, ustaz masa zaman aku sekolah rendah dulu. Aku tak tahu kenapa aku memang rapat dengan ustaz dulu. Betul, dulu masa sekolah rendah aku rapat giler dengan ustaz ni. Mungkin masa tu aku merupakan seorang pelajar yang cekap menghafal al-quran dan kalau nak baca quran depan dia aku lah nak nombor satu pergi kat dia. nama dia ustaz Idris.  Dah aku jumpa tu aku nak tegur lah kan. nanti orang kata aku sombong pulak tak tegur guru yang telah mengajar aku sehingga berjaya kemenara gading ni. maka aku pun mendekati beliau.

Aku      : assalamualaikum ustaz. (aku siap salam dia lagi. Sumpah. Cium tangan siap)

Ustaz   : eh, kamu? Walaikumsalam. Sihat kamu?

Aku      : sihat ustaz. Ustaz sihat? Buat apa kat sini? (wah, aku siap tanya pasal kesihatan beliau lagi. Dan aku tak tahu kenapa aku tanya ustaz ni soalan bodoh buat-apa-kat-sini tu)

Ustaz   : alhamdullillah. Sihat-sihat macam nilah. Sihat orang tua. Adalah beli barang sikit untuk cucu kat rumah tu.

Aku      : O… ustaz macam mana sekarang? Mengajar lagi ke?

Ustaz   : tu lah rezeki saya. Mengajarlah. Kamu macam mana? Ustaz tengok dah berubah kamu ya?

Aku      : saya macam nilah ustaz. Sekarang tengah cuti ni. saya berubah? Tak da berubah lah. Sama macam dulu lah ustaz. (sambil aku tergelak kecil)

Ustaz   : bagus lah kalau tak berubah. Kita ni nampak je yang kita tak berubah, tapi kita sebenarnya tak sedar sebenarnya kita dah jauh berubah. (oh, ustaz ni nak bukak khutbh pulak kat sini)

Aku      : saya dah lambat ni ustaz. kalau macam tu saya balik dulu lah ustaz. Saya tak solat isyak lagi ni. (aku pun mintak diri nak beredar. Salam siap cium tangan dia lagi. Betul aku cium tangan dia. Tak tipu)

Ustaz   : ha… ye lah. Saya pun nak beli barang ni. bawak moto elok-elok ya.

Aku      : baik lah ustaz. Asssalamualaikum.

Ustaz   : walaikumsalam.


Aku pun setat moto dan terus pulang kerumah. Masa dalam perjalanan tu aku rasa sejuk gila. Aku dongak ke langit. Oh, nak hujan rupanya. Lagipun aku pakai seluar pendek. Patutlah sejuk giler.  What the…??? Aku pakai seluar pendek??? Demmit!!! Maka ingatan aku ter‘flashback’ kat ustaz aku tadi.


Terngiang-ngiang suara dia tanya aku, “ustaz tengok kamu dah banyak berubah


Oh demmit.


Dan terngiang-ngiang jugak suara aku bila aku buat bajet alim depan beliau, “saya tak solat isyak lagi ni


Demmit demmit demmit!!!



Aku dah mula faham peribahasa, “siapa makan cili dia rasa pedas” tu. Terima kasih Ustaz Idris kerana berjaya buat aku faham dengan peribahasa tersebut.

saya janji akan masuk imam muda nanti ustaz... betul... tak tipu


p/s: kalau kau tak menutup aurat dengan sempurna jangan lah kau nak bajet alim nak tegur cikgu kau. lebih-lebih lagi ustaz. Sebab percaya lah, dia akan bagi kau perumpamaan yang sangat pedas. lebih lebih lagi kalau dulu kau merupankan pelajar yang suci dan baik giler macam aku.

Tuesday, December 14, 2010

Teka-teki paling bodoh pernah aku dengar



Pergi minum abc dengan Khairul Hazwan tadi. Aku tak tahu kejadah apa dia ajak aku pergi minum abc diwaktu musim tengkujuh ini. Tapi takpa lah, disebabkan aku bukan lah seorang peserta mentor musim ke lima yang perlu menjaga suara, maka aku ikut je dia minum abc. Tiba-tiba dia ajak aku main teka teki pulak.

KH        : aku ada satu teka teki untuk kau.

Aku      : apa aku dapat kalau aku dapat jawab?

KH        : biar aku bayar kau punya abc. Kalau kau tak dapat jawab kau bayar aku punya.

Aku      : okay. Shoot.

KH        : dalam  banyak-banyak duit syiling, duit syiling apa yang hitam giler?

Aku      : ceh, kau ni teka teki tak mencabar minda langsung. Tak mempunyai anjakan paradigma langsung, malah tak ada semangat satu Malaysia langsung. Teka teki ni budak sekolah tadika yang tak cukup umur pun boleh jawab.

KH        : kalau kau rasa kau lebih terror dari budak sekolah tadika tu jawab lah.

Aku      : mestilah duit syiling yang direndam didalam dakwat yang berwarna hitam (penuh confident aku jawab, siap ada aura bongkak lagi)

KH        : salah. Walaupun agak logic tapi tu bukan jawapan yang aku nak. Aku bagi kau lagi 2 kali peluang. Kau pikir la dulu kawapannya.

Aku pun pikir. Sambil aku dok pikir tu Khairul Hazwan ni pergi order lagi 5 lagi abc. Bungkus nak bawak tuk adik-adik dia lah tu.

Aku      : duit syiling yang diwarna kan dengan marker permanent warna hitam. Betul tak? (kali ini jawapan aku lebih yakin dari tadi. Kompem takde jawapan yang lebih tepat dari ni)

KH        : salah. Pikir lagi.

La… salah lagi.. Apa ek? Walau pun masa mula-mula aku malas nak main teka-teki ni tapi kalau dah asik salah je, aku curious jugak nak tahu. Sambil tu aku dengar dia order keropok lekor pulak dua ringgit. Nak bungkus bagi adik-adik kat rumah lah tu kot

Aku      : hurm… mencabar jugak teka teki kau ni. Duit syiling yang dah berkarat kot.

KH        : salah. Sekarang dah cukup tiga kali cubaan. 

Aku      : jawapanya apa?

KH        : 50 cent (muka selamba beruk beliau menjawab sambil menadah tangan minta duit nak bayar abc beliau)

Aku      : ha…..?




Hasilnya. Aku kena bayar ringgit Malaysia enam belas sahaja untuk kesemua abc dan keropok lekor beliau. 

Hampeh je. 

Rasa macam nak vasectomy je beliau ni.

Monday, December 13, 2010

Mari kita cekidaut apa yang aku buat kat rumah masa cuti sekolah ni.


Assalamualaikum

aku harus berbangga sebab ni merupakan entry aku yang ketiga buat hari ni... *gigih

Siapa kata duduk rumah ni buang masa? Aku tak rasa pun aku duduk rumah ni buang masa, malah masa aku banyak yang aku habiskan dengan melakukan perkara-perkara yang berfaedah. Tapi walau berfaedah mana pun benda yang aku buat tu tapi ia still nampak tak berfaedah dimata mak aku. Aku pun tak tahu kenapa. Mak aku kerap kali keluarkan dialog yang sebegini, contohnya , “tak habis-habis menghadap laptop je dari tadi, buang masa je…” tak pun mak aku akan cakap macam ni, “tak makan tido, tak tido makan. Cubalah bawak exercise sikit. Tak lah naik berat badan tu…” mak aku mungkin tak paham sebanarnya. Sebenarnya kita menghadap laptop ni jugak adalah sebuah aktiviti yang berfaedah juga. Kita sebenarnya dah dapat merapatkan silaturahim bila kita terus je log in kat fesbuk. Tu lah yang mak aku tak tau sebenarnya. Nak buat macam mana kan? mak aku bukan ada fesbuk. Maka bukan salah dia kalau dia tak tahu yang fesbuk ni member 1001 faedah ke mata dunia. Mak aku ni agaknya kurang tau bahawa sebenarnya tido dan makan juga merupakan salah satu exercise. Tapi tak pe, mungkin mak aku tak berapa nampak sangat berapa banyak benda berfaedah yang aku dah  buat masa duduk kat rumah ni. kat sini aku nak nyatakan sedikit sebanyak benda berfaedah yang aku dah buat sepanjang aku kat rumah ni.


#1: kemas bilik

Bab mengemas bilik ni aku memang malas sebenarnya. Well, biasalah kan orang bujang. Tak macho lah kalau bilik kemas. Bilik lelaki bujang mesti ada messy-messy sikit baru awek nampak, “wah, lelaki ni mesti seorang yang bekerja kuat sampai tiada masa untuk mengemas bilik,” betul tak? tapi bila sudah berapa kali dibebel oleh emak aku tu, maka aku hipokritkan diri mengemas bilik. Lagipun aku dah bosan dengan dialog mak aku yang berbunyi, “bawah katil tu dah macam apa. Agak-agaknya badak sumbu pun ada kat bawah tu,” aku akui mak aku ni kadang-kadang keterlaluan dalam memberi peribahasa. Karam singh walia pun angkat bendera putih kalau dia dengar mak aku punya peribahasa. Ada ke patut cakap ada badak sumbu kat bawah katil aku. Maka akibat terlalu bosan dengan badak sumbu yang memang diyakini wujud oleh mak aku tu, maka aku pun memulakan aksi bergotong royong. Ternyata omongan mak aku tu dusta belaka, jangankan badak sumbu, taik badak sumbu pun aku tak jumpa. Tapi aku memang berpuas hati la lepas tu, bilik aku lepas tu dah memang bersih sebersih bersihnya. Dah macam luxury suite kat Marriott dah bilik aku lepas tu. Sapa cakap lelaki tak reti kemas bilik? Tengok kaki lah kawan. Tapi, ternyata bilik tu hanya sempat bertahan bersih semasa siangnya sahaja. Malam tu, aku tak tahu dimana silapnya, dah jadi macam tongkang pecah balik. That why aku tak suka kemas bilik. Nanti dia akan bersepah balik. Buat penat kemas je.

hasil selepas dikemas...

#2: memasak

I tell you what, mana kau nak jumpa lelaki yang menghabiskan separuh masa cutinya dengan memasak? Aku je satu-satunya lelaki yang buat macam ni. kecuali Chef wan lah. Dia tu dah memang kerja memasak je setiap hari. Aku duduk rumah ni selalu tolong mak aku memasak tau. Nak dikatakan setiap hari lah aku ni memasak. Eh, maksud aku membantu mak aku memasak. Kau gila aku nak masak sendiri? Tapi at least aku nak juga lah tau memasak, takut jugak insiden nasik goreng tempoh hari terjadi lagi kan? KEHKEHKEH. Tapi kan I am telling you, hari tu aku ada masak kuih lepat ubi. Kau ada? Kau tu kuih lepat ubi pun tak tau aku rasa. Biasa lah anak dara zaman sekarang. Asyik sangat dengan muffin la, dunkin donut la, big apple la, sampai kuih tradisional pun tak tau. Kuih lepat ubi la tambey, ada tau ka? Itu kuih yang dibuat dari ubi kayu lah, pastu balut dengan daun pisang, and then kena kukus. Tau? Ha… kuih tu lah yang aku buat. Agak leceh lah sebenarnya. Mula-mula tu kena parut ubi kayu tu. nak parut dia agak lambat lah kan. so aku parut tu sekejap je, and the rest aku serahkan kat mak aku. HAHAHAHA. Aku bukan malas, tapi disebabkan kadar pemarutan mak aku tu lagi laju dari aku maka aku serahkan lah kat mak aku. Tapi kan alang-alang mak aku dah parut ubi kayu tu, maka mak aku pun buat lah lepat ubi tu sampai siap. Senang cerita bukan aku lah yang buat, aku just parut ubi kayu tu dalam lima minit je. Lepas tu aku tengok tv lah. HIHIHI… 

lelaki harus pandai memasak ok

#3: gardening 

Aku rasa semasa cuti ni memang aku mengaplikasikan kata pujangga “pertanian adalah perniagaan” tu. mana tak nya, aku duduk rumah ni mesti tolong mak aku bercucuk tanam. HIHI. Bukan tanam sayur-sayuran tu lah, tapi menanam pokok bunga. Mak aku ni memang suka semua jenis bunya, baik yang berbunga mahupun yang tidak mempunyai bunga (I have no idea why pokok yang tak berbunga pun digelar pokok bunga. So jangan tanya aku). Dan semasa cuti ni aku tolong la sikit sebanyak mak aku berkebun ni. kadang-kadang aku tolong angkat pasu, kekadang tu tolong siram pokok bunga dan kadang-kadang tu aku tengok je mak aku siram bunga dan angkat pasu sorang-sorang. KIHKIHKIH. Sebenarnya agak sitanggang jugak la kalau kau dah nampak mak kau tengah bersusah payah angkat pasu tapi kau tanak tolong. Maka jangan tiru macam aku kalau tanak jadi batu. Sudahlah kena sumpah jadi batu tak cium bau syurga pulak nanti. Kalau kena sumpah jadi katak ok lah juga, boleh lah dipeluk oleh Nora Danish yang hot tu. ish, gatal. HIHIHI. So, jangan derhaka. Tolong la ye mak kau tu kalau nampak mak kau tengah memerlukan bantuan. Aku tak pe. Mak aku yang tak bagi tolong. HIHIHI. Mana tak nya kalau aku nak tolong je mula lah, itu salah, ini salah, bukan macam ni, yang ni tak betul. Maka untuk memuaskan hati beliau, beliau buat sendiri je. Aku? Jadi mandur saja. KIHKIHKIH



#4: membeli barang dapur

Aku ni memang suka pergi beli barang dapur untuk mak aku. Nak dikatakan setiap hari aku pergi kedai beli barang-barang yang mak aku suruh beli. Ye la, time beli barang dapur tu kekadang boleh lah pow duit lebih beli barang tadi dengan membeli barang-barang aku. Majalah ke, jajan ke, atau apa-apa je lah. KIHKIHKIH. Tapi aku agak kurang suka pergi pasar basah. Tapi kalau mak aku suruh tu aku pergi jugak lah kan. terpaksa lah terjengkit-jengkit kat pasar tu sebab nak beli ikan dan sayur-sayuran yang mak aku suruh. Huh, gigih tak gigih lah. Tu bukan kat pasar besar kat kajang lagi. Kalau kat pasar kajang tu aku tak tau lah nak cakap camne. Kalau kau pergi sana kau boleh termuntah bila-bila masa je. Mana tak nya, kat sini kau tengah beli ikan kat hujung sana sikit ada anjing dok terjelir. Hish, aku pun tak tau la macam mana suri-suri rumah ni boleh masuk ke pasar yang macam tu. kalau aku memang tak boleh lah. Rasa macam orang mengandung anak sulung. Kejap-kejap mesti uwek. Nampak benda pelik sikit nak uwek. Bau hanyir sikit nak uwek. Hish… Kalau bab ni aku memang tabik spring la kat perempuan sebab boleh bertahan kat dalam pasar basah ni ha. That’s why lah lelaki lebih prefer membeli belah kat pasar raya macam kat Tesco misalnya, cause tak da lah nak terjengkit-jengkit nak membeli ikan dan sayur-sayuran.



#5: housekeeping

Mana kau nak jumpa lelaki yang pandai menguruskan hal ehwal rumahtangga? Aku je lah lelaki yang berbuat demikian tau. Maka aku ni dah dikira boleh dibuat calon suami korang lah. Ada sesiapa nak tempah aku ke? Anyone? KIH KIH KIH. Well, nak dikatakkan setiap hari aku membantu mak aku tau. Menyapu sampah, mengemop lantai, membuang sampah, mencuci tandas, membasuh longkang, mencuci pinggan, membasuh baju, menjemur baju, mengangkat baju, melipat baju. Ha, semua benda aku buat kat rumah ni. bukan nak riak lah. Tapi, kau ada? HAHAHAHAHA. Nak buat macam mana kan aku kan seorang anak yang menurut perintah. Kalau tak basuh pinggan aku mesti tengah sapu sampah. Kalau tak mengemop lantai aku mesti tengan sidai baju. Sampai tak da masa nak online tau. That why la, kalau nampak aku macam lambat je reply komen korang tu, paham-paham lah ye. KIH KIH KIH.

Banyak jugak benda yang aku buat kat rumah masa cuti ni rupanya kan? So, sape kata duduk rumah buang masa ha? Oh, I got the answer already kan? mak aku lah yang cakap macam tu. 

teeeheee… 

oh, ni bukan mak aku ok... 

I am not gay but my boyfriend is

Assalamualaikum.

Tajuk diatas tiada kena mengena dengan diri aku. Cuma dibuat begitu agar dapat menarik trafik. Harap maklum.


Aku ingat lagi ada satu hari tu, kat stesen LRT kat Masjid Jamek. Masa tu aku tengah tunggu kawan kau, nak ke KLCC menonton wayang kononnya. Then kawan aku lambat sampai. Maka aku tunggu la kat stesen tu. Tiba-tiba sebuah LRT berhenti di hadapan aku (ceh, macam suspen sangat je). Well, LRT tu berhenti la kan, masa berhenti tu aku tengok la gelagat semua orang. Aku tak tau kenapa aku ni memang ada habit suka tengok gelagat orang. Dan masa aku tengok tu ada seorang mamat ni yang agak good looking (ala-ala macam Nazim Othman sikit muka beliau) tengah turun dari LRT tu sambil  dok melambai-lambai seseorang kat dalam LRT tu siap bagi flying kiss lagi. Wah, romantiknya mamat ni. Bisik aku dalam hati. Aku cari lah, siapa yang dia dok babai dan berflying kiss ni. Homigosh, punya lah terkejut aku rupanya orang yang dia babai tu rupanya seorang pondan yang sangat gedik macam cacing kepanasan kat dalam LRT tu. Ceh, muka je kacak tapi songsang rupanya. Bisik hati kecilku. Aku tak lah anti dengan orang-orang yang macam ni in fact kawan aku pun ramai yang gay. Tapi agak-agak lah kan, takkan kan depan public pun nak tayang sikap terlebih penyayang tu. Siap flying kiss bagai. Menyampah jugak lah tengok. Ye lah, orang lain pun gay jugak tapi tak lah over sangat. Eh, betul ke ayat aku ni? Orang lain pun gay jugak? Ah, taram je lah.

macam ni muka brader tu sesikit

So, hari ni aku nak share sikit sesuatu yang agak sensitive. Aku nak share pasal gay. Sensitive tak? Tak kan? Ala… biasa lah kalau gay. Dah macam salah satu prinsip dalam gagasan  satu Malaysia dah pun. KEH KEH KEH. Ya, bagi aku secara personalnya, perkara ni dah biasa dah. Aku sendiri ada ramai kawan yang tergolong dalam golongan macam ni sebenarnya. Aku tak kisah pun kalau diorang dok cerita pasal diorang punya boyfriend. Aku dengan hati terbuka boleh dengar diorang punya masalah in fact diorang siap mintak pendapat aku lagi kalau diorang ada problem dalam diorang punya same sex relationship ni. Dah macam gay consultant pulak aku ni.

Malah, aku siap pernah lepak dengan kawan aku kat satu party ni. Aku memang dah tau yang dia ni agak tidak lurus sebenarnya tapi aku tak sangkalah lah dia nak ajak aku ke tempat yang macam tu. Tapi since aku tanak kecewakan dia, lagipun masa tu dia buat celebrate besday dia sekali. Aku pun ikut je lah. Mula-mula aku pelik jugak, why the guest semua lelaki kan, and then baru aku realize bila one of the guest tu tengah sedap comolot dengan sorang foreigner ni. Pergh… nasib baik tak kena ambush je malam tu. Kalau tak muka aku memang glamer lah masuk 999 tu. Kalau setakat masuk 999 okay lagi. Tapi kalau dah masuk bab kena buat urine test tu memang kay-o lah. Tak kuasa aku nyah. Dan lepas tu aku langsung tak pergi dah kalau kawan aku ni buat party. Tapi aku still kawan dengan dia. Tak da sebab nak putuskan persahabatan kami hanya kerana dia seorang yang, well kau tau kan… yang agak songsang dan tidak lurus ni.



So, sekarang aku nak bagi tau pendapat aku lah dalam hal ni. Bagi aku tak salah kalau ada perasaan kat same gender. Well, benda ni tak boleh elak sebenarnya. I tell you, siapa yang boleh elak kan kalau bab-bab hati dan perasaan ni? Kan? So, aku rasa tak salah pun kalau seorang lelaki ada perasaan kat seorang lelaki lain. Malah normal lah tu kan? Nama pun perasaan, tak boleh elak pun. Tapi, dia akan membawa kepada salahnya kalau kau dah mula buat benda-benda yang berdosa. Well, kau tau kan maksud aku kan? Paham-paham lah kan, bila diorang dah mula having sex sama-sama tu dah memang terang-terang salah lah. Tapi bagi aku kalau diorang just kapel cam biasa tapi tak buat yang sex-sex tu semua just ok je. Tak nampak salah pun. Dalam erti kata lain yang lebih ringkas, its ok to be gay but not a gay sex. It just pendapat aku ok. Pendapat peribadi aku sendiri, tak da kena mengena dengan mana-mana mufti or pejabat agama ke apa. So, jangan cakap aku buat ajaran sesat pulak lepas ni.

Frankly speaking, biasanya gay ni ada tempat-tempat yang tertentu kalau diorang nak lepak. Contohnya tempat yang paling glamernya kat Taman Tasik Permaisuri dan kelab-kelab gay eklusif. Eceh, banyak pulak aku tau pasal diorang ni kan? Don’t get me wrong. Aku ni ada ramai kawan yang macam ni. That why aku tau semua-semua ni. Dan aku rasa best kawan dengan diorang ni. Diorang macam selalu happy dan macam tak da masalah langsung. Dan diorang ni memang agak generous dan baik hati sebenarnya. Kalau nak mintak tolong, pinjam duit ke, diorang akan senang-senang menghulurkan tangan meringankan beban tau. Malah, harus diingatkan bukan semua lelaki yang ala-ala bapok tu gay ya. Dan kau jangan ingat lelaki yang jantan sejantan-jantannya tu straight. Ramai kawan aku yang memang sangat lelaki tapi mereka dengan senang hati mengaku yang diorang ada boyfriend. So? Tak da yang pelik kan? 

Dan ya. Kat sini aku nak buat sedikit pemberitahuan. Lelaki kebanyakannya akan acting like gay but they actually not. Contohnya macam bila kau nampak seorang lelaki dengan suka hati je main tepuk bontot seorang lelaki lain, diorang tak semestinya gay ok. They act like that but they aren’t. Dan aku pun biasa je cakap dengan lelaki lain, Anuar misalnya, “wow, Nuar look like very sexy hari ni. Nak cium sikit.” Tak pelik pun. Eh, pelik sebenarnya kalau aku cakap kat Anuar macam tu sebab dia memang tak seksi langsung. Malah nak cium dia pun tak ada selera. HAHAHAHAHA, lelaki memang macam tu. Dan diorang memang selalunya bergurau dengan perkara-perkara yang macam tu. In fact diorang sebenarnya straight. Tapi perempuan kalau nampak je lelaki macam tu mula lah keluar suara gedik dia, “euwww… gay la you all ni.” Well, biasalah. Perempuan… gedik melampau-lampau. KEH KEH KEH. 



Oh ya. Lelaki yang gay ni kebiasaannya terdiri dari orang yang kaya-kaya dan biasanya diorang ni lelaki yang metroseksual. Diorang ni mesti nak nampak kemas dan biasanya pakai barang-barang yang berjenama. Macam kawan aku tu lah, mana kau nak dapat duit nak sewa kelab sebab nak buat besday party? Semua balak dia lah yang support. Balak dia kaya memang tak ingat lah. Tinggal kat penthouse, kad kredit berkepok, bawak BMW. Ha… apa lagi kau nak? Memang kaya dan berduit la sebab tu senang-senang je boleh pikat mana-mana anak ikan ni ha. Pulak tu nampak diorang ni sentiasa kemas dan mementingkan keterampilan. Senanglah anak-anak ikan ni nak terpikat. Pulak dah bersandarkan wajah yang memang kacak macam aku ni. Sapa tak nak? Dengar cerita sekarang kawan aku tu tengah frust sekarang ni sebab pakwe dia kena paksa kawen dengan seorang awek ni. Hurm… tu lah kan? Nasib, nasib. Sebab tu lah jangan terkejut kalau ada lelaki yang dah kawen tapi masih keluar masuk kelab gay ni. Dah nak buat camne kan? Nafsu diorang dah kearah tu. Jangan ingat dengan kawen je kau boleh hilangkan sikap songsang kau tu. and of course you shouldn’t pandang serong kat diorang cause you are not in their shoes and you absolutely didn’t no how they feel about.

So, penyakit ni memang payah nak ubah sebenarnya. Kalau dah ter’gay’ tu memang payah dah nak balik ke pangkal jalan. Dan sapa-sapa yang nak berubah tu cuba sematkan ayat ni dalam fikiran korang, “girls always taste better than guys”. Ni quote dari sebuah movie. Tapi aku tak ingat movie apa. Mungkin dengan sentiasa menyematkan perkataan ni korang boleh berubah ke kan? Well, sometime psychology can help. JmJ




Suka dengar lagu Randy Pangalila-Lewat Semesta. Randy itu agak comel sebenarnya ;)